Pages

---SAKSIKANLAH---

B.I.L.A saya nak jadi kuat..
Saya mohon pada Allah. Doa Doa Doa Doa Doa!!
tiada yang lebih baik daripada doa.

Jadi sekarang saya sedang berdoa..
sori tau..saya xlarat da..

Sy nak undur diri..Kamu jadi saksi..
Kite move cool and steady..
Da buat keputusan kate orang tak boleh undur..

huhuhhuu... SUKE KAN !SUKE KAN!
CEKAL HATI! KEPUTUSAN MUKTAMAD!
PEACE OF CAKE!

--DOA--

Sabda Nabi:

Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. - (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).



sabda Rasulullah:

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. - (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

TALKING TO THE MOON

Berikan saya peluang,
Sehari jer... Sejam pn jadilah,
Saya rindukan die,

Berikan saya peluang,
Di bumi... Dalam mimpi pn jadilah
Saya nak peluk die,

Berikan saya peluang,
Untuk saya sayangkan die.. saya nak dia tau saya sayang sgt dekat dia.
Saya nak tgk die senyum,

Berikan saya peluang,
Saya nak cakap kat die..
"Mom im really missing u.. I never found the heart more tender than your heart.. Only u know how am I, understanding me , I love you so much, can i be with u for someday? I want it to be.. I pray 4 dat everday in my solat "

Mom.. Thanx 4 everything..



BILA KITA MERINDUI

Assalamualaikum..
Saja je buat tajuk ni sebab time ni.. Im really miss my mom.. T-T
Tekanan demi tekanan dtg... Keje..Tanggungjawab.. Masa depan... Teringat kat arwah mak..Thanx mak.. Awak adalah wanita yang paling sempurna di mata saya... Really missing u mom.. Rindulaa mak.. Rindu sgt2x.. rindu mak peluk.. mak can u hug me like u hug me when i got 4a's in UPSR.. ur hug make me comfort..
Along sedih laa..Mak can u hug me again..walaupun dalam mimpi malam ni.. plss..






OH DEAR MYSELF PLEASE BE FOCUSED

Focusing on:-
1) Family
2) Kerjaya
3) Pelajaran
Bare IT on ur mind. Be cocentrate wHat u wanT 1st.  DONT mess YOur mind with puny things. 
Insyaallah.. U can Do It! =)


'ALLAH TIDAK AKAN MENGECEWAKAN HAMBANYA'


TODAY IS NOT MY DAY

Stress giler la keje ari ni... Jadi arini kite cerita skit pasal stalker... Sebenarnya jadi stalker ni best kalu kite dapat tgk sesuatu yang menggembirakan.. Tapi bile kamu tgk sesuatu yang T-T.... Nasibla kan.. Sape suruh jadi stalker.. Baik jadi hacker bleh gak rompak duet bank.. Poket penuh.. Ati senang ;)))

Tapi siyes laaa. ARINI XDE MOOD LA NAK WAT KEJE.. nak resign.. duk kampung tanam jagung.. Bagi kucing2x makan.. Jadi suri rumah. Kemas rumah. Cuci peti ais.. Layan adik2x.. 

Xpe doakan esok adalah hari yang lebih baik dari hari ini..
Segala nya xmustahil dengan rahmat Allah.. <3<3<3 










1 4 3 SAYA XCUKUP SEMPURNA

1 4 3. What does it means? Simple. It can be "i love you" or "i miss you" or "i hate you" . Emphasize on the 1st one. I LOVE YOU.

Dia perempuan , saya perempuan. Walau pun perwatakan dan rupa kami berbeza tp kami ada 1 persamaan. ɐɯɐs ƃuɐʎ ƃuɐɹo ɐpɐd ıʇɐɥ ɥnʇɐɾ ıɯɐʞ.


Rasa sayang...
Nak tau kenapa sifat penyayang wanita lebih kuat dari seorang lelaki?
Jawapan: 
Sebab wanita itu ada Rahim. Rahim itu apa? Ar-   Rahim salah satu daripada 99 nama Allah.    
Rahim itu bawa maksud penyayang .Ada logik kan. Laki ada rahim x?? Hakikat yang hakiki Taqdir Allah itu sememang nya da ciptakan wanita itu dengan sifat penyayang. 


Seorang perempuan yang penyayang xkan sanggup menjadi penyebab perempuan lain bersedih. Btol x?


Maafkan saya jika...
Maafkan saya jika saya pernah menyakiti hati kamu yang di panggil wanita. 
Maafkan saya jika saya pernah merampas kebahagian kamu tanpa saya sedari. 
Maafkan saya jika kesilapan saya itu membuatkan kamu membenci saya.
Maafkan saya. Saya bukan lah sesempurna insan. 


Maaf andai saya xcukup penyayang. Xde manusia yang sempurna. Tapi kita boleh mencari kesempurnaan kan?
Yang xbaik itu datg dari diri saya sendiri. Dan segala yang baik itu dtg dari Allah s.w.t.


                                             








               
               




PEREMPUAN ITU


Knape ye perempuan neh kecoh..Bila orang yang kita sayang buat somthing yang kite rase excited rase mcm berkobar2x nak membe2x laaen tau. Emmm.....
Knape ye perempuan neh suke ikot emosi?. Bila orang yang kita sayang xde kat depan mate kite mesti kita berburuk sangke.Pastu nak marah2x sampai orang keliling pn bleh tau.Huhu..
Jawapan nya perempuan ni makhluk yang sgt2x sensitif dan perlukan perhatian.






Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)
Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.
Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.


sOURCE:http://gotabligh.com/ilmu-zikir/perempuan-tidak-berasal-daripada-tulang-rusuk.html

Jadi pada perempuan ketahui la mmg lumrah anda begitu. Terpulang pada cara pemikiran masing2x. Tapi jangan jadikan alasan lumrah itu sebagai penghalang untuk menjadikan kita sebagai seorang perempuan yang penyabar, merendah diri dalam mengecapi hati yang hanif.






 "Jiwa yg tenang adalah jiwa yg sentiasa mengingati Allah"

D.E.M.A.M

Arini rase nak demam lah..Pening kepala.. Keje belambak.Key in? Laporan komisen? Sume nak kene settle ujong bulan. Tetibe lak rase nak demam. Berita tergempak opis di landa dengan sejenis mamalia yang di panggil TIKUS. OMG.OMG.OMG.Haha! Opis kami bersih ok. Tiap2x ari opis di kemas.Ntah mane dtg nyer binatang neh .2 3 ari gak la menginap kat opis kami.(keliru).
One of my collegues da kene infection kencing tikus.Tp tgh tgu result blood test UNTUK SAH KAN!!Anak bos 2 miggu demam. xsembuh lagi.. Adakah ak jugak kene infection kencing tikus? Oh malas nak p klinik. Doa kan xde pape..
Oleh sebab tuh ak jadi semakin berjaga2x dengan kebersihan. Dan kalu anda nak tau. Cr nak kene penyakit neh senang je. Bley jangkit melalui kulit yang terkene air kencing @ air liur mamalia neh.!!senang kan. Ak pon br tau!!!!!!Kalu nak kne try la. ;))



SAY NO TO THIS MAMMAL!!


Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.


Tanda dan Gejala

Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal

1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

boleh membawa maut sekiranya kritikal!!

Rawatan

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat pe nyakit



P/S :unuk info lebey lanjut bleh la search google.

ME, HER AND THEM AT KUD PRESINT 2 PUTRAJAYA

Tau x KUD tu aper?KUD short form for Karnival Usahawan Desa. Dalam radio salu kot promote KUD . Berlangsung dr 22-25 september. Sebenarnya ak pun xtau KUD tu ap. Tp ade la membe baek ak neh join program KUD. So kne la amek tau ape kene ngn KUD neh. P la jenguk jap. Sempat la begambar. Xsempat nak bgamba byk.Sampai sane pon da azan Asar msg2x penat kot cr parking punyer la lame but yet am hepi MEETING my bestie . =) 
Pegi bukan suka2 ok. Ak ade misi penting.


Misi 1:Jpe Shima!
Misi 2:Nak jadi orang tengah (ntah jadi ke x tettt!)


Ok xsangke KUD ade wat pameran kete. Walaupun xminat sgt bab2 kete neh. Layan aje~


shima!


daya n waida! (jgn tgk muke ak yg stress)


haa!tgk kat tgn ak.ade makanan kan. Dalam tu ade sambal pecal Kuala Kangsar!
originated from shima. Kuah kacang die mmg sedap. Balik umah msak cucur cicah. =)



                           masjid putrajaya Images
                        Kami solat kat sini la Masjid Putrajaya. Mmg grand. Nak masuk ade rule..




Thanx to daya, waida and shima. last but not least mr alhafiz (photo xde sebab die yg jadi jurukamera.haha!). Hope dis entri will be swit memorable 4 us at KUD 4eve n eve. ;))

love the way you lie

masa duk dengar lagu. alamak lagu neh cam sedap la plak.



not bad kan. lagu ni suitable la utk yang bercinta .kene tipu pon xkesah.
tp ape pulak akan terjadi pada si penipu??


*source iluvislam

Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith,

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta." [1]

“Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)

dengar hadis ni pn da cam scary. tiga kali celaka utk yang berbohong. spek penipuan bukan hnya utk yang bercintan atau pon kepimpinan. tp utk semua lah golongan manusia di bumi Allah neh. haa nak menipu lagi x? ;)