Pages

Nifsu Sya'ban : Fadhilatnya Sahih TETAPI tiada amalan khusus pada hari tersebut.

Nifsu Sya'ban : Fadhilatnya Sahih TETAPI tiada amalan khusus pada hari tersebut.

KETENANGAN HATI

.:KETENANGAN HATI:.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan rahmat dan HidayahNya Yang Maha Esa
Dalam kekalutan dunia pada ketika ini..daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan kita semua..
dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya..
dalam keadaan manusia tidak lagi membezakan antara yang hak dan yang batil.
dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa..
Moga-moga doa yang selalu kita pohon di makbulkan oleh Nya
Walaupun daam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNYa
dan kadangkala kita ingat kepadaNya..
tapi yangg pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya
buat permata Islam..
yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi..
Sesungguh nya Islam itu bukan sekadar agama..tetapi adalah cara hidup kita..
sama ada cara kita berpakaian ..bertutur..belajar..bekerja..atau denan perkataan yang lebih mudah..bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali..
Semua Allah telah gariskan untuk kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahad..
Islam juga telah mengajar caranya..

Sering kali kita mendengar Rasulullah S.A.W yang bermaksud..
"Islam itu tinggi tiada yang tinggi selainnya"

Tapi sayang sekali ..kita yang merendah-rendahkannya ..kita menjauhkan diri daripadanya..bahkan kita malu apabila Islam menjadi identiti kita..
Kita lalai dengan kehidupan kita..sehingga kita menyangka dunialah syurga yg kekal abadi untuk kita..sehingga kita lupa Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Esa sedang memerhatikan kita..Kita tahu adanya Allah tapi kita melanggari perintah Nya..sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi ornag yang kufur kepadaNya..
Kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya..
Kita juga tahu adanya dosa dan pahala ..bahkan kita juga tahu adanya Syurga dan Neraka..
Tapi kita masih tidka mempedulikan perintah Allah S.W.T Yang Maha Kuasa..

Prof Dr Hamka pernah berkata ..
"Kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan ..tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita masih tinggal"

Masihkah engkau ingat akan firman Allah S.W.T dalam Hadith QudsiNya yang bermaksud..
Daripada Abu Hurairah r.a..
Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku..
Dan Aku bersama dengannya..ketika dia ingat kepada Ku..
Jika dia ingat kepadaKu didalam hatinya..
Aku akan mengingatinya didalam hatiKu..
Dan jika dia ingat kepadaKu..dalam khalayak ramai..
nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik..
dan jika mendekatiku sejengkal..
Aku pun akan mendekatinya sehasta..
Dan jika dia mendekatiKu sehasta..
nescaya Aku mendekatinya sedepa..
dan jika dia datang kepadaKu berjalan ...
maka Aku mendatanginya dengan berlari..
-Hadith Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi-

Walau sebesar Bukit Uhud sekalipn dosa kita lakukan ..
sesungguhnya Allah S.W.T masih mengampunkan dosa kita..
Oleh itu ,kembalilah kepadaNya ..andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya..
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya..

source:warkah syurga


"Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar".
(Al-Baqarah:Ayat 153)


Zikir taubat





Ampunilah hamba, Ya Allah,Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba, Ya Allah daripada segala dosa
Ampunilah hamba, Ya Allah,Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba, Ya Allah daripada segala dosa
Ampunilah hamba, Ya Allah,Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba, Ya Allah daripada segala dosa
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
dan berikan aku amalan yang dimakbulkan
dan berikan kepadaku rezeki yang meluas
dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha
Ampunilah hamba, Ya Allah,Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba, Ya Allah daripada segala dosa
Ampunilah hamba, Ya Allah,Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba, Ya Allah daripada segala dosa
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
dan berikan aku amalan yang dimakbulkan
dan berikan kepadaku rezeki yang meluas
dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha

SURAH AL-HADID

.:SURAH AL-HADID:.



On the day you shall see the believing men and believing women

Their light running forward before then and by their right hands

Glad tidings for you this day!

Gardens under which rivers flow to live therein forever!

Truly,this is the greatest success!

On the Day when the hypocrites-men and women –will say to the believers:

“Wait for us!Let us get something from your light!”

It will be said:

“Go back to your rear! Then seek a light!”

So a wall will be put up between them, with a gate therein.

Inside it will be mercy and outside it will be torment.

The hypocrities will call the believers:”Were we not with you?”

The believers will reply:”Yes!But you lead yourselves into temptations”.

“you looked forward to our destruction, you doubted in faith and you wre deceived by false desires till the command of Allah came to pass”

“And the chief deceiver(satan) deceived you in respect of Allah.”

So this Day no ransom shall be taken from you (hypocrites),nor those who disbelieved

You abode is the Fire..

This is your friend ,and worst indeed is that destination.

Has not the time come for those believe to be affected by

Allah’s Reminder (this Al-Quran)

And that which has been revealed of the truth.

Lest they become as those who received the Scripture before (Jews & Christians)

So the term was prolonged for them and so their hearts were hardened?

And many of them were disobedient (to Allah).





KEBUHSANAN:EPISOD 2

KEBUHSANAN:EPISOD 2

semasa menjalani hidup di kampung..pelbagai aktiviti telah d lakukan utk menghilangkan superduper penatnye duk sesaje..
sila lihat pic di bwh:


aktiviti 1:maen game di masa lapang ditemani kucing bermata biru
(shesheme H1N1)





aktiviti 2:pergi intebiu dan berdebat bersama interviewers
(pic di ambil di USIM sgt comel permandangan USIM)





aktiviti 3:pergi shah alam dafta dak saufi
(dr kul 2 smpe kul 5 lbey br nak selesai..mmg hot la..lame gile)





aktiviti 4:tibe2x menjadi kanak2x rebina join aktiviti d kg bersama budak2x kecik
gemuk suda.T-T






aktiviti 5:melayan kucin (budak nerd) meroyan kokok tilam..





aktiviti 6:belajar jahit baju..da pandai sket da
(perlu di perbaiki lagi)




*santapan buat anda*


BILA WAKTU TELAH BERAKHIR:

bagaimana kau merasa bangga akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saat nya waktu terhenti xkau sedari

masihkah ada jalan bagimu
untuk kembali mengulang kemasa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan

semua dan segala yang ada akan kembali padaNya

bila waktu telah memanggil teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah berhenti teman sejati tiggallah sepi



KEBUHSANAN:EPISOD 1

ispirasi 1:miss radhi OAG
~dr beliau (yg tutp mulut itu yg hok blake tu kawe kami pemalu juge) sy mendapat ilham utk create blog ni..hah?cne dapt ilham?haa cemni..satu ms dahulu maklum la sedang men stalk page fb beliau tetibe kat ruangan website de blog beliau.lalu pe lagi usha la..blog beliau amt kelakar..sy terguling2x gelak dan hampir membunuh(bunuh nyamuk ok) ketika membc blog beliau..http://sayapunyapasal.blogspot.com..walaupn kelaka beliau agak pemalu dan manja org nye..heh!..kasi thumbs up sket pada beliau..muahh flying kiss..sy syg beliau~





inspirasi 2:princess froggy
~princess froggy..99.99% pic beliau, beliau suke publish gigi beliau yg cantik lagi putih dan gebu.. hu2x..sori p.froggy..haa kipas yg die pegang tu kipas sy la..adik bli kat melake..skrg udoh leboh..curik d org gamak nye T-T..ehh berbalik pd cite beliau..bg sy beliau mmg seorg yg tegas pada prinsip dan senantiasa memberi sokongan dikala membe2x sedang kusut spt kasut..pabila di kabarkan sy mahu buat blog beliau memberi galakan moral dan mahu pic beliau di masuk kan..heh! sunggo bersopan beliau..hu2x..xdela sy syg beliau so much.die xde blog lagi(sj nak bagitau)~





inspirasi 3:cik shanbei
~budak ni sy jpe kat uitm..cik shanbei name diberi(sila jgn mrh oke hu2x...sj nak gurau ngn u))..beliau cantek dan baek hati (kepada ehem2x..anda bertuah kerna beliau mmg baek hati dan sgt penyayang dgn kengkawan)..he3x..pic di ambil ketika di saat2x akhir dah nak blah dr uitm..memg berani org nye..mari dengarkan kisah beliau..
beliau lahir pada 2 nov 1988 (muda 10 bln dr sy)..beliau memberi galakkan utk sy membuat blog dgn mengajak sy melihat blog beliau..yaa..blog beliau juge kelaka..xkering gusi sy membc ny terutama nya kisah c kamarudin dan topeng tulang nya huk2x..
ap yg menrik tentang blog beliau..beliau sering mengutarakan isu2x semasa
http://tulisajatey.blogspot.com/..eh terpanjang lak huraian utk beliau..ape2x pon..sy syg beliau walaupon beliau syg bf beliau..huh!kecik ati ahh,,he3x~
cik shanbei (kanan) dan rakan les nya miss kedahan ha3x.cute!





inspirasi 4:miss keiichan
sy terserempak dgn beliau ms belajr di pahang..org nya cute..bakal dok bersalin sy nt..huk3x..sy tidak tahu mengape beliau amat suka menonton cerita korea sampai pro pic di fb jue diletakkan dgn pic korea..sunggo tidak paham..adakah kerna wajah beliau ala2x korea?(sila ulas di bah. komen jika anda membaca).huk2x..kata beliau, beliau mahu melihat bj yg dijahit oleh sy didalam blog.apa?nak tempah jahit bj kebaye?eh..sy blum hustler lagi nak amek tempahan org..utk sdn bhd je.sesiape berminat nak tempah kebaya bley search di fb HanHan's Kebaya Shop..utk hari raya yg bakal menjelma ini..salam syg dan windoo utk beliau!





inspirasi 5:
~idea2x muncul dr sini..sy xtahu kenapa sy sukakan spekulasi dan diskriminasi..btw sy suka tjuk cara2 penanaman anggur yg betul..nt akan sy usulkan..salah seorg lelaki di atas yg memberi cadangan bukan spt yg sorang lagi tu duk xbrape nak senonoh pro pic beliau huk2x ;P
namun syg mereke2x ini juwe~







inspirasi 6:
~inilah geng2x mafia jula juli bintang tujuh..sunggo rmai..jgn tgk lelame..mereka2x ini pemalu org nye..syg3x mereke semua~

sebelum menutup tirai..semanis kurma utk anda...

Wahai Rabbi,
tetapkanlah kami di jalan kecintaanMu dan kerinduan menemuiMu. Dekatkanlah kami dengan hamba-hambaMu yang dekat denganMu. Dan damaikan hati kami spertimana Kau damaikan hati yang sentiasa meyebut dan memujiMu.
Wahai Rabbi,
satukanlah kami di akhirat kelak dengan mereka yang bernaung di bawah kalimah suciMu. Dakapan rahmatMu dan titian jalan redhaMu. Ya Allah Ya Tuhanku, mestipun kami berulang melakukan kesalahan dan kealpaan. Namun, Kau hulurkan kami tali penghubung kepada mereka yang mengikat hati mereka denganMu. Betapa dalam kecintaanMu terhadap kamu.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih..
AMIN..


.:DI MULA KAN DENGAN BISMILLAH:.


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

SANTAI

.:LAWAK SANTAI:.

Al-kisah 1: Professor Sibuk


Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya… Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah… lalu isterinya menelefon.. “abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan”. pesan isterinya” “Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?” tanya professor itu. “Di rumah saja lah bang..”. “Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu…”.


Al-kisah 2: Kentut Yang Tak Boleh Ditahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,”Doggy!”

Si gadis berfikir, “wah ini bagus!” dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, “Celaka Doggy!”

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, “bagus!” beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, “Celaka Doggy!”, cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!”


Al-kisah 3: Sosej dan Lembu

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej….

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor… menyusahkan plak tu…


Al-kisah 4: Saat Indah Awal Perkahwinan

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku….!

Sesudah 5 tahun perkahwinan….

Sila baca dari bawah keatas


Al-kisah 5: Suami Isteri

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je,kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.


Al-kisah 6: KeretaMU KeretaKU jua!

Satu malam tu, kawan perempuan ini, dia baru sahaja balik dari party, tak tahu berapa gelas dia minum tapi memang dia betul-betul mabuk. Semasa dalam perjalanan balik, dia ditahan oleh polis dan diminta lesen memandu. Pada masa itu, tiba-tiba berlaku satu kemalangan di seberang jalan, agak major jugalah kemalangan itu jadi polis pun bergegas ke tempat kejadian kemalangan. Perempuan ini pula dah takut dan tak tahu nak buat macam mana, lalu dia pun lari balik ke kereta dan menuju terus ke rumah di Klang.

Pada keesokan pagi, polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, “AWAK PERGI MANA SEMALAM?” Perempuan ini pula jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.” Polis itu tanya sekali lagi, “BETUL KER???” Perempuan ini jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK PERGI MANA2, TANYALAH DENGAN HOUSEMATE SAYA.” Polis itu pun kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR SEKEJAP” Lepas itu polis itu tunjuk, “HA!!! ITU KERETA SIAPA??” Perempuan itu macam nak pengsan sebab dia dah terbawa kereta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat kereta dia sebab warna sama - warna putih (wira). Cuma kereta dia tak ada sticker polis kat tepi pintu. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun. …kuikuikui


Al-kisah 7: Terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata “Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry” Pelajar B pulak kata ” Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki” Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata “Apa kata kita tanya je orang tua tu?” Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm… bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: …pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi… tapi terberak pulak dalam seluar… sebab tu la aku jalan terkangkang…