Pages

SANTAI

.:LAWAK SANTAI:.

Al-kisah 1: Professor Sibuk


Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya… Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah… lalu isterinya menelefon.. “abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan”. pesan isterinya” “Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?” tanya professor itu. “Di rumah saja lah bang..”. “Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu…”.


Al-kisah 2: Kentut Yang Tak Boleh Ditahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,”Doggy!”

Si gadis berfikir, “wah ini bagus!” dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, “Celaka Doggy!”

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, “bagus!” beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, “Celaka Doggy!”, cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!”


Al-kisah 3: Sosej dan Lembu

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej….

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor… menyusahkan plak tu…


Al-kisah 4: Saat Indah Awal Perkahwinan

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku….!

Sesudah 5 tahun perkahwinan….

Sila baca dari bawah keatas


Al-kisah 5: Suami Isteri

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je,kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.


Al-kisah 6: KeretaMU KeretaKU jua!

Satu malam tu, kawan perempuan ini, dia baru sahaja balik dari party, tak tahu berapa gelas dia minum tapi memang dia betul-betul mabuk. Semasa dalam perjalanan balik, dia ditahan oleh polis dan diminta lesen memandu. Pada masa itu, tiba-tiba berlaku satu kemalangan di seberang jalan, agak major jugalah kemalangan itu jadi polis pun bergegas ke tempat kejadian kemalangan. Perempuan ini pula dah takut dan tak tahu nak buat macam mana, lalu dia pun lari balik ke kereta dan menuju terus ke rumah di Klang.

Pada keesokan pagi, polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, “AWAK PERGI MANA SEMALAM?” Perempuan ini pula jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.” Polis itu tanya sekali lagi, “BETUL KER???” Perempuan ini jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK PERGI MANA2, TANYALAH DENGAN HOUSEMATE SAYA.” Polis itu pun kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR SEKEJAP” Lepas itu polis itu tunjuk, “HA!!! ITU KERETA SIAPA??” Perempuan itu macam nak pengsan sebab dia dah terbawa kereta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat kereta dia sebab warna sama - warna putih (wira). Cuma kereta dia tak ada sticker polis kat tepi pintu. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun. …kuikuikui


Al-kisah 7: Terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata “Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry” Pelajar B pulak kata ” Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki” Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata “Apa kata kita tanya je orang tua tu?” Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm… bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: …pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi… tapi terberak pulak dalam seluar… sebab tu la aku jalan terkangkang…